Ubah Dokumen Anda ke dalam Format PDF
Dec 17th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi bersama-sama dengan anda tentang bagaimana untuk anda mencetak atau mengubah apa jua dokumen anda (samada dalam format MS Office, Open Office, HTML, dsb) ke dalam format yang digemari ramai iaitu PDF.
Bagi mereka yang menggunakan perisian MS Office 2007, pastinya ini bukanlah menjadi isu memandangkan fungsi ini telahpun ditambah ke dalam perisian tersebut menggunakan PDF Complete. Namun begitu kepada mereka yang memiliki perisian yang lain, menjadikan dokumen anda ke dalam bentuk PDF pasti mengundang sedikit kesulitan untuk anda menjalankan kerja-kerja anda.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian yang sering saya gunakan, PrimoPDF.
Bagaimana untuk install printer di dalam LAN?
Oct 17th
Untuk meng’install’ printer komputer lain di dalam LAN, apa yang anda perlu lakukan hanyalah:-
- Dapatkan nama PC di mana printer itu di’install’kan
Caranya ialah dengan right click pada icon My Computer > Properties > Computer Name. (dilakukan pada PC di mana printer itu diinstallkan) - Buka My Computer anda, dan taipkan seperti berikut pada ruangan address: \\nama_PC_printer_tadi
- Anda akan dapat lihat nama printer tadi tersenarai. Klik 2 kali pada nama printer tersebut.
- Sekiranya driver printer tersebut ada di dalam Windows anda, printer tersebut akan automatically installed. Sekiranya tiada, dapatkan driver printer tersebut di dalam CD driver yang diberikan bersama-sama printer tadi.
Perlu dipastikan printer tersebut telah di’share’kan pada PC di mana printer tersebut dipasang.





