Ubah Dokumen Anda ke dalam Format PDF
Dec 17th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi bersama-sama dengan anda tentang bagaimana untuk anda mencetak atau mengubah apa jua dokumen anda (samada dalam format MS Office, Open Office, HTML, dsb) ke dalam format yang digemari ramai iaitu PDF.
Bagi mereka yang menggunakan perisian MS Office 2007, pastinya ini bukanlah menjadi isu memandangkan fungsi ini telahpun ditambah ke dalam perisian tersebut menggunakan PDF Complete. Namun begitu kepada mereka yang memiliki perisian yang lain, menjadikan dokumen anda ke dalam bentuk PDF pasti mengundang sedikit kesulitan untuk anda menjalankan kerja-kerja anda.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian yang sering saya gunakan, PrimoPDF.





