Pantau Aktiviti Internet Anak Anda
Feb 11th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kepantasan dunia Internet hari ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keruntuhan moral generasi muda masakini. Setiap hari, ada saja laman web baru yang merosakkan dibangunkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab & mengambil kesempatan meracun minda anak-anak kita di atas nama globalisasi.
InsyaAllah pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian/software yang membolehkan kita memantau dan menyekat akses anak-anak kita ke laman-laman web yang tidak sepatutnya mereka lawati. Perisian yang ingin saya kongsikan di sini ialah, K9 Web Protection, dan ianya boleh didapati secara PERCUMA.
Sebelum saya menerbitkan artikel ini, saya telahpun mencuba beberapa perisian untuk tujuan yang sama seperti Windows Live Family Safety dan pendapat peribadi saya ialah K9 Web Protection ini adalah lebih mudah dan senang untuk diselenggarakan berbanding perisian-perisian yang lain.
Tidak seperti Windows Live Family Safety, pengguna hanya perlu mendaftar perisian ini sekali sahaja dan ianya terus boleh digunakan untuk komputer tersebut.
Laman Hadapan Bahagian Admin
Melihat aktiviti Internet anak anda
Setting – Pemilihan kategori laman-laman web untuk dipantau atau disekat
Perbezaan Antara Left,Right dan Inner Join (SQL)
Mar 11th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sudah agak lama saya tidak menghantar artikel yer? Kali ini saya hanya ingin berkongsi dengan anda sedikit penerangan dan perbezaan tentang Left, Right dan Inner Join di dalam SQL Syntax
THE DIFFERENCES IS IN THE WAY TABLES ARE JOINED IF THERE ARE NO COMMON RECORDS.
JOIN is same as INNER JOIN and means to only show records common to both tables. Whether the records are common is determined by the fields in join clause. For example:
FROM table1
JOIN table2 on table1.ID = table2.IDmeans show only records where the same ID value exists in both tables.
LEFT JOIN is same as LEFT OUTER JOIN and means to show all records from left table (i.e. the one that precedes in SQL statement) regardless of the existance of matching records in the right table.
RIGHT JOIN is same as RIGHT OUTER JOIN and means opposite of LEFT JOIN, i.e. shows all records from the second (right) table and only matching records from first (left) table.
MyEZ Payment Form – Borang Pembayaran Kini Mudah dan Murah
Feb 23rd
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah pembangunan MyEZ Payment Form Version 1.0 ini. Kini anda boleh mendapatkannya DI SINI pada harga RM20 sahaja.
Produk ini sesuai untuk peniaga-peniaga online memasukkan Borang Pembayaran di dalam laman web mereka untuk kemudahan pembeli setelah mereka melakukann pembayaran.
Antara ciri-ciri Borang Pembayaran MyEZ Payment Form ini ialah:
- Mengandungi 7 ruangan untuk diisi oleh pembeli-pembeli anda. KLIK DI SINI UNTUK PAPARAN SKRIN.
- Mengandungi pilihan-pilihan bank tempatan untuk tujuan Pembayaran.
- Dilengkapi dengan Javascript untuk mengelakkan Borang Pembayaran anda di’SPAM’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Borang Pembayaran yang diisi akan dihantar terus ke akaun email anda.
- Disertakan bersama fail ‘baca-saya.html’ yang sungguh mudah untuk diikuti.
- Disertakan juga bersama video tutorial untuk memudahkan proses pemasangan borang ini.
Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut mengenai produk MyEz Payment Form ini, anda boleh melayarinya DI SINI.
Salam.
Jaringan Persendirian Untuk Anda & Rakan-rakan
Dec 17th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk membuat Jaringan Peribadi untuk anda dan rakan-rakan anda dengan menggunakan perisian LogMeIn Hamachi.
So, apa kegunaannya?
Di sini saya akan cuba senaraikan apa yang seronoknya dengan menggunakan Hamachi ini:
- Membolehkan anda berhubung dengan rakan Internet anda serata dunia di dalam Jaringan Peribadi anda sendiri.
- Membolehkan anda berkongsi fail (Shared Files) dengan PC rakan-rakan anda yang menyertai Jaringan Peribadi anda.
- Membolehkan anda untuk bermain games hanya untuk anda dan rakan-rakan anda!
- Membolehkan anda untuk melihat komputer rakan anda (Remote Desktop) dengan menggunakan RealVNC (akan saya terangkan tentang RealVNC ini sekiranya berkesempatan kelak!).
Menambah Penggunaan Fail PDF Anda
Dec 4th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Harap maaf kerana agak lama saya tidak memasukkan artikel-artikel IT pada laman blog ini. Terlalu sibuk dengan kerja-kerja luar yang memerlukan kadar siap yang agak singkat masanya
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang perkara-perkara lain yang anda boleh lakukan dengan fail-fail PDF anda. Semuanya dengan PDFill, dan berita baik untuk anda ialah, IANYA PERCUMA DAN TIADA WATERMARK!
Jom Berseronok Dengan PhotoFunia
Nov 14th
Assalamualaikum & salam sejahtera semua!
Hari ni saya nk berkongsi dengan anda semua tentang PhotoFunia ni. Pernah mencuba? Dah pernah xper..hehehe.
Kepada yang belum pernah, jom kita tgk apa yang PhotoFunia ni bleh buat.
GAMBAR SEBELUM
Jadual Harga Tambang Komuter
Oct 26th
Hi! Salam sekali lagi..
Sekadar ingin berkongsi dengan anda. Berikut adalah jadual tambang sehala bagi penumpang dewasa untuk KTM Komuter.
Klik di sini (dalam format PDF): Jadual Harga Tambang Komuter














