Astaghfirullah Rabbal Baraya (Munif Hijjaz) beserta Makna

Assalamualaikum,

Video ini saja saya buat sekadar suka-suka. InsyaAllah lepas ni, saya akan buat lagi video-video seperti ini. Mp3 ni saya ambil dari Munif Hijjaz – Penawar Hati 2 (no offense intended, just wanna share this vid icon smile Astaghfirullah Rabbal Baraya (Munif Hijjaz) beserta Makna ).

Kepada mereka yang mencari maknanya, di video ini ada maknanya. Lirik dalam bahasa Arab tidak dapat disediakan atas sebab-sebab teknikal ya..harap maaf! huhu..

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi dengan anda semua video ini, Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!:

Kalendar Islam 2011

Assalammualaikum semua!

Hmmm…boleh jadi agak lama saya tak postkan new article dalam blog ni. Maaf, masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian kebelakangan ini.

Sekarang dah masuk musim hujan dan seperti biasa di Malaysia ini, menandakan penghujung tahun telah tiba untuk 2010 dan datangnya tahun baru 2011 icon wink Kalendar Islam 2011 .

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda Kalendar Islam 2011 (1432/1433 Hijrah) untuk kegunaan anda sekalian yang mana kalendar ini adalah kesinambungan daripada kalendar Islam 2010 yang lepas.

ScreenShot006 300x114 Kalendar Islam 2011
Berikut adalah tarikh-tarikh penting kalendar Islam untuk tahun 2011 yang dapat saya paparkan di sini:

  1. 1 Ramadhan 1432/1 Ogos 2011 (Hari Isnin)  – Tarikh mula puasa Ramadhan.
  2. 1 Syawal 1432/31 Ogos 2011 (Hari Rabu) – Tarikh Hari Raya Puasa.
  3. 1 Muharram 1433/27 November 2011 (Hari Ahad) – Tahun Baru Islam.

Ini sahaja yang dapat saya konsikan bersama dengan anda buat kali ini.

ANDA BOLEH MEMUAT-TURUN KALENDAR ISLAM TAHUN 2011 (1432/1433) DI SINI. Saiz: 1.47 MB.

Wassalam.

Memahami Hakikat Diri Sebagai Manusia

Assalamualaikum,

“Bekerjalah kamu di siang hari seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu di malam hari seolah-olah kamu akan mati di esok hari..”

Hmm..nampak perkataan berehat? Satu lagi..

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

Hmm..nampak perkataan berehat lagi? Fikir-fikirkanlah..hehe.
Read the rest of this entry »

Orang Ikhlas Itu Tertindas?

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Bermula pada hari ini, saya akan mewujudkan kategori baru ‘Motivasi’ di dalam laman blog saya ni. Bukan apa, sekadar ingi berkongsi tips, cerita, dan lain-lain lagi perkara berkaitan dengan motivasi diri kita ni agar lebih menjadi insan yang sempurna di belakang hari.

Ok, buat permulaan saya akan berkongsi dengan anda cerita pendek yang ada saya postkan di forum Gempak.org bertajuk:

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

kartun 300x200 Orang Ikhlas Itu Tertindas?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Read the rest of this entry »

Makna Doa Taubat – Astaghfirullah Rabbal Baraya

UNTUK VERSI YANG DIKEMASKINI, KLIK DI SINI >>

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Alhamdulillah diizinkan lg olehNya untuk saya berkongsi dengan anda semua sedikit pengetahuan yg saya ada. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda makna/maksud zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya.

First time saya dengar zikir ni dari Munif Ahmad (penyanyi nasyid utama kumpulan Hijjaz), tp while searching on Youtube, sy terjumpa klip video dari Pelajar Madrasah Al-Junied Islamiah Singapura. Nice jugak melodinya dan menyentuh hati.

Maksudnya:

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Hm, indahkan maknanye klu didengar bersama2 dengan zikir ini.

Ok,itu sahaja buat kali ini. Sekiranya ada kesempatan lain, saya akan berkongsi lagi dengan anda!

Salam icon smile Makna Doa Taubat   Astaghfirullah Rabbal Baraya

ampunilah hamba, ya Allah, maha penerima taubat
ampunilah hamba, ya Allah daripada segala dosa
tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
kurniakan kepadaku rezki yg mluas
perkenankan taubatku dgn taubat nasuha

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua,

Telah tiba tahun baru 2010. Saban tahun kita berazam dan berazam untuk menjadi lebih baik pada tahun yang baru. icon wink Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pelawat blog ini dan berharap agar kita bersama-sama menjadikan tahun ini menjadi jauh lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

nyres Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Read the rest of this entry »

Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

Hi salam semua,

Pada kali ini, post saya agak lain daripada biasa..Ingin saya berkongsi dengan anda tentang perkara-perkara yang Sunat dalam menyambut kelahiran bayi mengikut Islam. Maklum la, next month insyaAllah saya dan isteri saya akan menimang cahaya mata kami yang pertama, InsyaAllah  =D

Ada jugak saya surf internet untuk cari maklumat berkaitan dengan ni tetapi sumbernya agak sedikit, lalu meragukan untuk saya letakkan di blog ini, untuk tujuan kita semua.

Namun, ada satu artikel yang saya terjumpa yang saya rasa boleh digunapakai untuk panduan hidup kita sebagai Muslim ini.

Sebelum itu, ingin saya kongsikan di sini sedikit sedutan daripada koleksi dakwah Dr. Mohd Asri (Bekas Mufti Perlis, dan kini pensyarah di Bahagian Pengajian Islam, USM). Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai beliau.

Read the rest of this entry »