Pantau Aktiviti Internet Anak Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepantasan dunia Internet hari ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keruntuhan moral generasi muda masakini. Setiap hari, ada saja laman web baru yang merosakkan dibangunkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab & mengambil kesempatan meracun minda anak-anak kita di atas nama globalisasi.

InsyaAllah pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian/software yang membolehkan kita memantau dan menyekat akses anak-anak kita ke laman-laman web yang tidak sepatutnya mereka lawati. Perisian yang ingin saya kongsikan di sini ialah, K9 Web Protection, dan ianya boleh didapati secara PERCUMA.

pantau aktiviti internet anak Pantau Aktiviti Internet Anak Anda

Sebelum saya menerbitkan artikel ini, saya telahpun mencuba beberapa perisian untuk tujuan yang sama seperti Windows Live Family Safety dan pendapat peribadi saya ialah K9 Web Protection ini adalah lebih mudah dan senang untuk diselenggarakan berbanding perisian-perisian yang lain.

Tidak seperti Windows Live Family Safety, pengguna hanya perlu mendaftar perisian ini sekali sahaja dan ianya terus boleh digunakan untuk komputer tersebut.

Laman Hadapan Bahagian Admin

ScreenShot023 300x166 Pantau Aktiviti Internet Anak Anda(Klik untuk besarkan imej)

Melihat aktiviti Internet anak anda

ScreenShot025 300x222 Pantau Aktiviti Internet Anak Anda(Klik untuk besarkan imej)

Setting – Pemilihan kategori laman-laman web untuk dipantau atau disekat

ScreenShot024 300x215 Pantau Aktiviti Internet Anak Anda(Klik untuk besarkan imej)

Read the rest of this entry »

Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Malaysia Flag icon Kajian Mengenai Penggunaan Internet di MalaysiaKali ini saya akan berkongsi dengan anda semua sedikit tentang hasil kajian saya mengenai Penggunaan Internet di Malaysia. Kajian yang mungkin agak ringkas ini saya lakukan sebenarnya adalah bertujuan untuk saya mengetahui apakah trend pengguna Internet di Malaysia dan hasilnya, saya akan dapat menggunakan data-data ini untuk tujuan pemasaran saya di Internet;  dan khususnya di Malaysia. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada maklumat yang akan saya paparkan di sini.

PENDAHULUAN: JUMLAH PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA

Sebelum kita pergi ke aras yang lebih lanjut, mari kita lihat terlebih dahulu berapa ramaikah pengguna Internet di Malaysia ini. Mengikut perangkaan untuk tahun 2008 yang dipaparkan oleh Google (yang diperolehi daripada World Bank, World Development Indicators), terdapat 62.6% daripada penduduk di Malaysia ini menggunakan Internet.

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 27, 728 700 penduduk Malaysia pada tahun 2008. Maka oleh itu, 62.6% penduduk Malaysia yang menggunakan Internet adalah bersamaan dengan 17, 358166.2 penduduk Malaysia yang menggunakan Internet! Ramai bukan?? Kemudian, mari kita pergi kepada persoalan yang lebih menarik iaitu, apakah laman-laman web yang sering mereka lawati.

Statistik Broadband Users di Malaysia 300x208 Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia* Sekadar tambahan, di sini saya paparkan Statistik Langganan Jalur Lebar (Broadband) di Malaysia.
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia).

Read the rest of this entry »