Pantau Aktiviti Internet Anak Anda
Feb 11th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kepantasan dunia Internet hari ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keruntuhan moral generasi muda masakini. Setiap hari, ada saja laman web baru yang merosakkan dibangunkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab & mengambil kesempatan meracun minda anak-anak kita di atas nama globalisasi.
InsyaAllah pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian/software yang membolehkan kita memantau dan menyekat akses anak-anak kita ke laman-laman web yang tidak sepatutnya mereka lawati. Perisian yang ingin saya kongsikan di sini ialah, K9 Web Protection, dan ianya boleh didapati secara PERCUMA.
Sebelum saya menerbitkan artikel ini, saya telahpun mencuba beberapa perisian untuk tujuan yang sama seperti Windows Live Family Safety dan pendapat peribadi saya ialah K9 Web Protection ini adalah lebih mudah dan senang untuk diselenggarakan berbanding perisian-perisian yang lain.
Tidak seperti Windows Live Family Safety, pengguna hanya perlu mendaftar perisian ini sekali sahaja dan ianya terus boleh digunakan untuk komputer tersebut.
Laman Hadapan Bahagian Admin
Melihat aktiviti Internet anak anda
Setting – Pemilihan kategori laman-laman web untuk dipantau atau disekat
Crystal Report Runtime for Applications
Apr 28th
Salam semua,
Agak lama saya tidak menulis..agak sibuk kebelakangan ni..huhu. Kali ini saya hanya akan berkongsi dengan anda pautan untuk muat-turun Crystal report runtime untuk rujukan kita bersama.
PAUTAN PANDUAN:
http://resources.businessobjects.com/support/additional_downloads/runtime.asp
Crystal report versions, DLL’s and Visual Studio assemblies really giving me headache. Hope I can use back this post when I run into this problem in the future.
Anyway, kepada sesiapa yang memerlukannya, di sini saya berkongsi. Gambate O Kudasai!
Salam!
Default Username & Password Untuk Modem Streamyx
Jan 23rd
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bagi pengguna Streamyx, kadangkala kita mempunyai keperluan untuk mengakses bahagian Admin pada modem kita.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah IP Modem, Username dan Password untuk modem (bukan connection yer
) Streamyx anda berdasarkan modelnya.
Maklumat yang saya paparkan ini adalah Default akses untuk modem kita.
Web Messenger: YM, MSN & AIM dengan Menggunakan Meebo
Jan 20th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk Instant Messaging (IM) dengan menggunakan web broser (pelayar web).
Bagi pekerja-pekerja biasa yang mungkin disekat penggunaan YM di ofis melalui Firewall dan anda boleh cuba cara ini untuk berhubung dengan rakan-rakan anda!
Read the rest of this entry »
Panduan Menyediakan Kertas Cadangan
Jan 20th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang Panduan untuk Menyediakan Kertas Cadangan (Proposal). Panduan ini saya perolehi daripada hasil carian saya di Internet dan ingin saya kongsikan bersama anda untuk dimanfaatkan oleh kita bersama.
Bagaimana Untuk Setup Email Anda Menggunakan Outlook?
Jan 20th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana untuk mengakses akaun email anda dengan menggunakan Outlook (MS Outlook & Outlook Express) dan juga akses melalui laman web.
Panduan ini akan saya berikan dengan penerangan langkah demi langkah melalui format PDF bersama-sama dengan paparan skrinnya.
Bagaimana Menjana Wang Dengan Menggunakan Internet?
Jan 18th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hmmm..agak menarik tajuk artikel saya kali ini kan? Tujuan artikel saya ini adalah agar kita bersama-sama dapat berkongsi dengan peluang-peluang untuk menambah pendapatan kita dengan menggunakan Internet ini, khususnya di Malaysia.
Senarai yang akan saya berikan ini hanyalah beberapa program yang saya dapati berkebolehan untuk menjana wang sepanjang saya bekerja dengan Internet ni. Kalau ada sesiapa yang nak tambah, amat dialu-alukan.
Saya akan mencuba sebaik mungkin untuk menerangkan kepada anda bagaimana program-program ini boleh menjana pendapatan anda untuk anda supaya anda tidak tersalah faham pulak nanti! (Ini bukan program Cepat Kaya!
)














