Video Tutorial Lengkap - Bagaimana Membangunkan Laman Web EShop

About Me

Muhammad Faizal Ahmad, Web Developer a.k.a Programmer, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Blog:
faizal.iits.com.my
Email: faizal@iits.com.my
Mobile:
016 – 283 0386

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada saudara dan sahabatku sekalian,

Terlebih dahulu, ingin saya memperkenalkan diri saya. Muhammad Faizal bin Ahmad ataupun lebih dikenali di Internet dengan nama “muhammadfaizalahmad”.

Bekerja sebagai seorang Web Developer di sebuah syarikat swasta, bidang kerja saya lebih tertumpu kepada pembangunan dan rekabentuk laman web aplikasi untuk kegunaan syarikat dan juga pelanggan kami. Saya juga pernah bekerja di salah sebuah syarikat web hosting di Lembah Klang untuk tempoh yang agak lama.

Pelbagai jenis laman web samada untuk tujuan aplikasi dan juga komersial telah saya bangunkan. Dan kebanyakannya adalah melalui ruang kerja saya secara ‘Freelance’. Ruang kerja saya ini juga memaksa saya untuk mendalami cabang-cabang ilmu yang berkaitan dalam bidang ini seperti rekabentuk grafik, dokumentasi untuk sesebuah laman web, konfigurasi-konfigurasi server dan sebagainya.

KENAPA ANDA MEMERLUKAN SEBUAH LAMAN WEB E-SHOP UNTUK PERNIAGAAN ANDA?

Teknologi Internet hari ini memberikan kita pelbagai cara baru dalam menguruskan perniagaan dan pelanggan-pelanggan di dalam perniagaan kita.
Antara kelebihan menggunakan laman web E-Shop ini yang dapat saya kongsikan di sini ialah:

  • Membolehkan anda menjimatkan wang untuk mengembangkan perniagaan anda
  • Membolehkan anda menguruskan perniagaan anda 24jam X 7 hari X 365 hari
  • Kebolehan untuk menembusi permintaan pasaran di seluruh dunia
  • Mempercepatkan proses perniagaan dengan tidak memerlukan beberapa hari untuk menghantar hanya sebuah katalog kepada pelanggan anda di Terengganu, sebagai contoh.
  • Meningkatkan kepercayaan pembeli terhadap produk perniagaan anda
” Cuba bayangkan anda sebagai seorang pembeli…
Terdapat satu produk yang ingin anda beli dijual di berlainan tempat di dalam Internet.
Satu dijual di blogspot dan satu lagi dijual di sebuah laman web yang lengkap dengan kategori-kategori produk, pendaftaran pelanggan baru dan log masuk pelanggan untuk yang lama, dan didaftarkan atas nama domainnya yang tersendiri sebagai contoh, www.butiktudung.com… “
MANA SATU YANG ANDA AKAN PILIH??
Tidak mengapa, simpan sahaja jawapan anda itu dan teruskan membaca.
MENGAPA PRODUK VIDEO TUTORIAL E-SHOP INI DIBANGUNKAN?

Cover Pakej Video Tutorial Membangunkan Laman Web EShopPada dasarnya, cuma satu yang saya fikirkan semasa saya mula-mula bertekad untuk membangunkan produk video ini, iaitu untuk “membantu mereka yang benar-benar ingin menjual produk mereka secara online di Internet ini”. Dan kebanyakan mereka adalah peniaga-peniaga kecil/sederhana, berkerja dari rumah, kurang mengetahui selok belok tentang pembangunan laman web ini, tetapi mempunyai produk-produk yang bagus untuk dipasarkan.

Sepanjang perjalanan karier saya ini, ramai peniaga-peniaga yang telah saya temui (dan kebanyakannya wanita!) mempunyai pelbagai produk yang bagus untuk dipasarkan. Ramai yang mengiklankan produk-produk mereka di dalam blogspot, forum (dengan kadar sewa bulanan yang membebankan!) dan di pelbagai medium lain. Terfikir saya, “mengapa mereka tidak mempunyai kedai online mereka sendiri sepertimana mereka berpusu-pusu untuk membuka kedai di luar sana?”. Ya, saya tahu, KOS YANG BESAR adalah jawapan kepada persoalan ini.

Ingin saya tekankan di sini bahawa produk ini bukanlah sebuah produk yang menyatakan “Saya Kini Telah Berjaya!” seperti kebanyakan produk-produk lain yang anda temui di Internet saban hari. Anda tidak akan dapat melihat bagaimana wang terjana masuk ke dalam akaun saya setiap hari. Dan pastinya saya tidak akan menunjukkan screenshot transaksi saya setiap bulan di dalam akaun bank saya!!

TETAPI, SAYA AKAN MENGAJAR ANDA BAGAIMANA UNTUK MEMBINA E-SHOP ANDA SENDIRI.
KEDAI ONLINE ANDA SENDIRI DENGAN PRODUK-PRODUK ANDA!

Mengupah seseorang web developer untuk membangunkan laman web seperti ini sudah tentu akan memakan kos yang agak besar! Berdasarkan julat harga semasa, saya menganggarkan lebih kurang RM1000 – RM3500 diperlukan untuk mengupah seseorang web developer untuk membangunkan laman web e-shop seperti ini!


“Teramat murah jika dibandingkan dengan kos mengupah web designer.
Pakej lengkap untuk seorang peniaga seperti saya!”

- En.Rizal, MD. Ilham Vision
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN PRODUK VIDEO TUTORIAL INI?
  • Peniaga-peniaga kecil dan sederhana sedia ada yang ingin mengembangkan perniagaan mereka melalui Internet.
  • Orang tengah – yang biasanya mendapatkan produk-produk dari orang lain dan ingin menjual semula melalui Internet.
  • Individu yang ingin meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui penjualan produk dari rumah.
KELEBIHAN PRODUK VIDEO TUTORIAL INI?
  • Produk ini berbentuk video step-by-step bagi memudahkan pemahaman anda.
  • Menggunakan installasi skrip yang anda boleh dapati secara PERCUMA dan MUDAH.
  • Penerangan terperinci dari langkah permulaan mendapatkan nama e-shop sehinggalah menguruskan e-shop anda.
  • Lengkap dengan pautan Muat Turun (Download) Perisian bagi memudahkan proses pembelajaran melalui video ini.
  • Nota juga disediakan di dalam bentuk slaid video.
APA KATA MEREKA YANG TELAH MENDAPATKAN PRODUK INI?

Rizal Ahmad - Ilham Vision En. Rizal, MD. Ilham Vision
” Teramat murah jika dibandingkan dengan mengupah web designer untuk membangunkan E-Shop. Tutorialnya lengkap. Videonya juga amat menarik dan tidak rugi sekiranya anda mendapatkan pakej video ini.”
Mohd Azlan En. Azlan, Jurutera Elektrik JKR
“Begitu berbaloi untuk harganya. Peluang kepada usahawan-usahawan di luar sana untuk menempatkan diri mereka di dalam perniagaan Internet. Kini saya lebih yakin untuk memajukan diri di dalam bidang ini.”

JAMINAN SAYA

Secara peribadi, saya memberi jaminan 100% wang anda akan dikembalikan!

100% GuaranteedKEPUASAN DIJAMIN 100%

Dengan pembelian pakej video ini, anda diberi
JAMINAN 100% WANG ANDA DIKEMBALIKAN

selama 10 hari sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk video tutorial ini. Dengan syaratnya anda telah mengikuti setiap langkah yang saya tunjukkan di dalam produk video tutorial ini.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati, saya akan pulangkan wang anda serta merta
dan anggaplah Pakej “Video Tutorial Membangunkan Laman Web E-Shop” ini
sebagai HADIAH dari saya.

KEWUJUDAN PRODUK “VIDEO TUTORIAL MEMBANGUNKAN LAMAN WEB E-SHOP”
ADALAH KHAS UNTUK MEMBANTU PENIAGA-PENIAGA YANG BENAR-BENAR INGIN BERJAYA
DALAM MEMASARKAN PRODUK MEREKA DI INTERNET.
Jadi berapakah harga yang perlu saya letakkan?

Pada awalnya, setelah produk video ini ditunjukkan kepada rakan-rakan saya,
rata-rata mereka berpendapat saya perlu meletakkan harga produk ini di sekitar RM150-RM200
memandangkan tidak wujudnya produk video seperti ini di dalam pasaran.

Namun, atas dasar ingin berkongsi dan membantu para peniaga kita ketika ekonomi seperti ini,
saya berhasrat untuk menjualnya pada harga
Promosi 2 Minggu: RM40 SAHAJA!

Cover Pakej Video Tutorial Membangunkan Laman Web EShop

Dapatkan Sekarang!

PEMBAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI:
Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan bank-bank berikut.

“Video Tutorial Membangunkan Laman Web E-Shop” is copyrighted by Ilham IT Solutions – IITS