Products
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Di dalam perjalanan karier saya membangunkan laman web dan pelbagai aplikasi untuk kemudahan pengguna laman web, saya banyak menjalankan kerja-kerja ‘coding’, ‘design’ dan sebagainya.
Di sini saya akan kongsikan bersama-sama anda produk-produk yang telah saya hasilkan agar dapat memudahkan dan dimanfaatkan oleh kita bersama.
1. Nama Produk: Video Tutorial Membangunkan Laman Web E-Shop
Produk Video Tutorial Membangunkan Laman Web E-Shop ini merupakan pakej video lengkap untuk anda membangunkan laman web e-shop anda. Sesuai untuk peniaga-peniaga Online di Malaysia.
Video Tutorial ini mengandungi 5 bab keseluruhannya, merangkumi proses daripada pembelian domain name sehingga pengurusan laman web e-shop anda. Produk video ini disediakan di dalam Bahasa Melayu. >> Maklumat Lanjut
2. Nama Produk: MyEZ Payment Form
MyEZ Payment Form – merupakan cara mudah untuk pembangun laman web meletakkan Borang Pembayaran di dalam laman web mereka. Dengan hanya 3 langkah mudah, pemilik laman web boleh memasukkan borang ini ke dalam laman web mereka untuk kemudahan pembeli-pembeli.
MyEZ Payment Form ini juga dilengkapi dengan Javascript untuk memastikan borang anda tidak di’SPAM’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Panduan installasi beserta video juga disediakan untuk memudahkan anda memasang borang ini pada laman web anda. >> Maklumat Lanjut
