Orang Ikhlas Itu Tertindas?
May 26th
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Bermula pada hari ini, saya akan mewujudkan kategori baru ‘Motivasi’ di dalam laman blog saya ni. Bukan apa, sekadar ingi berkongsi tips, cerita, dan lain-lain lagi perkara berkaitan dengan motivasi diri kita ni agar lebih menjadi insan yang sempurna di belakang hari.
Ok, buat permulaan saya akan berkongsi dengan anda cerita pendek yang ada saya postkan di forum Gempak.org bertajuk:
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
