Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia
Jan 23rd
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua sedikit tentang hasil kajian saya mengenai Penggunaan Internet di Malaysia. Kajian yang mungkin agak ringkas ini saya lakukan sebenarnya adalah bertujuan untuk saya mengetahui apakah trend pengguna Internet di Malaysia dan hasilnya, saya akan dapat menggunakan data-data ini untuk tujuan pemasaran saya di Internet; dan khususnya di Malaysia. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada maklumat yang akan saya paparkan di sini.
PENDAHULUAN: JUMLAH PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA
Sebelum kita pergi ke aras yang lebih lanjut, mari kita lihat terlebih dahulu berapa ramaikah pengguna Internet di Malaysia ini. Mengikut perangkaan untuk tahun 2008 yang dipaparkan oleh Google (yang diperolehi daripada World Bank, World Development Indicators), terdapat 62.6% daripada penduduk di Malaysia ini menggunakan Internet.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 27, 728 700 penduduk Malaysia pada tahun 2008. Maka oleh itu, 62.6% penduduk Malaysia yang menggunakan Internet adalah bersamaan dengan 17, 358166.2 penduduk Malaysia yang menggunakan Internet! Ramai bukan?? Kemudian, mari kita pergi kepada persoalan yang lebih menarik iaitu, apakah laman-laman web yang sering mereka lawati.
* Sekadar tambahan, di sini saya paparkan Statistik Langganan Jalur Lebar (Broadband) di Malaysia.
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia).
