Kalendar Tahun 2011 Beserta Jadual Cuti Sekolah & Hari Kelepasan Am
Nov 12th
Assalamualaikum semua!
Berkaitan dengan kalendar Islam 2011 yang saya postkan pada artikel sebelum ini, di sini saya ingin berkongsi dengan anda pula Kalendar bagi Tahun 2011, bersama-sama dengan Jadual/Takwim Cuti Sekolah 2011 dan juga hari-hari kelepasan am/cuti am untuk tahun 2011 ini.
So, senang la kepada sesiapa yang ingin merancang pelbagai aktiviti pada tahun 2011 ini, termasuk la yang ingin mendirikan rumah tangga!
KALENDAR TAHUN 2011
(klik pada imej di atas untuk download Kalendar 2011)
JADUAL TAKWIM CUTI SEKOLAH TAHUN 2011
Kumpulan A: Untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu
Kumpulan B: Untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.
Koleksi Baju Tidur Online – AdorableGallery.com
Oct 18th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hmm, sudah agak lama ya saya tidak update blog nie.. Harap maaf agak sibuk dengan kerja..huhu. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda laman web yang saya baru develop: Koleksi Baju Tidur Online: AdorableGallery.com
Laman web ini saya bangunkan khusus untuk Puan Aryantie Ariffin di mana blog ini menawarkan perkhidmatan menjual baju tidur dengan harga yang murah dan selesa untuk pelanggan-pelanggannya.
Kedai online ini dibangunkan khusus untuk isteri-isteri@wanita-wanita di luar sana yang agak pemalu orangnya untuk mendapatkan baju-baju tidur yang seksi & jarang di shopping2 complex
. Pihak Adorable Gallery menawarkan perkhidmatan pembelian melalui online dan kami akan menghantar barangan anda ke mana-mana alamat penghantaran yang anda kehendaki.
Untuk pengetahuan anda semua, kedai online ini menjual baju tidur wanita dengan harga serendah RM25 – RM35 termasuk kos penghantaran ke seluruh negara dan penghantarannya dilakukan menggunakan Pos Ekspres.
TV Internet: Muat Turun TV Internet Anda Di Sini
Feb 18th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sudah agak lama saya tidak berkongsi dengan anda tips-tips IT kan?
Ok, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda perisian PERCUMA untuk anda menonton TV di Internet.
Perisian ini saya jumpai ketika saya melayari Internet dan anda boleh DOWNLOAD file Installationnya pada saiz 1.8MB sahaja. Setelah install, anda akan dapat menonton TV Internet anda yang mengandungi kira-kira 20 channel dengan percuma sahaja!
Hm, yang menariknya lagi, semuanya ini anda boleh dapat dengan secara percuma sahaja!
Default Username & Password Untuk Modem Streamyx
Jan 23rd
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bagi pengguna Streamyx, kadangkala kita mempunyai keperluan untuk mengakses bahagian Admin pada modem kita.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah IP Modem, Username dan Password untuk modem (bukan connection yer
) Streamyx anda berdasarkan modelnya.
Maklumat yang saya paparkan ini adalah Default akses untuk modem kita.
Kajian Mengenai Penggunaan Internet di Malaysia
Jan 23rd
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua sedikit tentang hasil kajian saya mengenai Penggunaan Internet di Malaysia. Kajian yang mungkin agak ringkas ini saya lakukan sebenarnya adalah bertujuan untuk saya mengetahui apakah trend pengguna Internet di Malaysia dan hasilnya, saya akan dapat menggunakan data-data ini untuk tujuan pemasaran saya di Internet; dan khususnya di Malaysia. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat daripada maklumat yang akan saya paparkan di sini.
PENDAHULUAN: JUMLAH PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA
Sebelum kita pergi ke aras yang lebih lanjut, mari kita lihat terlebih dahulu berapa ramaikah pengguna Internet di Malaysia ini. Mengikut perangkaan untuk tahun 2008 yang dipaparkan oleh Google (yang diperolehi daripada World Bank, World Development Indicators), terdapat 62.6% daripada penduduk di Malaysia ini menggunakan Internet.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 27, 728 700 penduduk Malaysia pada tahun 2008. Maka oleh itu, 62.6% penduduk Malaysia yang menggunakan Internet adalah bersamaan dengan 17, 358166.2 penduduk Malaysia yang menggunakan Internet! Ramai bukan?? Kemudian, mari kita pergi kepada persoalan yang lebih menarik iaitu, apakah laman-laman web yang sering mereka lawati.
* Sekadar tambahan, di sini saya paparkan Statistik Langganan Jalur Lebar (Broadband) di Malaysia.
(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia).










