Astaghfirullah Rabbal Baraya (Munif Hijjaz) beserta Makna

Assalamualaikum,

Video ini saja saya buat sekadar suka-suka. InsyaAllah lepas ni, saya akan buat lagi video-video seperti ini. Mp3 ni saya ambil dari Munif Hijjaz – Penawar Hati 2 (no offense intended, just wanna share this vid icon smile Astaghfirullah Rabbal Baraya (Munif Hijjaz) beserta Makna ).

Kepada mereka yang mencari maknanya, di video ini ada maknanya. Lirik dalam bahasa Arab tidak dapat disediakan atas sebab-sebab teknikal ya..harap maaf! huhu..

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi dengan anda semua video ini, Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!:

Kalendar Islam 2011

Assalammualaikum semua!

Hmmm…boleh jadi agak lama saya tak postkan new article dalam blog ni. Maaf, masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian kebelakangan ini.

Sekarang dah masuk musim hujan dan seperti biasa di Malaysia ini, menandakan penghujung tahun telah tiba untuk 2010 dan datangnya tahun baru 2011 icon wink Kalendar Islam 2011 .

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda Kalendar Islam 2011 (1432/1433 Hijrah) untuk kegunaan anda sekalian yang mana kalendar ini adalah kesinambungan daripada kalendar Islam 2010 yang lepas.

ScreenShot006 300x114 Kalendar Islam 2011
Berikut adalah tarikh-tarikh penting kalendar Islam untuk tahun 2011 yang dapat saya paparkan di sini:

  1. 1 Ramadhan 1432/1 Ogos 2011 (Hari Isnin)  – Tarikh mula puasa Ramadhan.
  2. 1 Syawal 1432/31 Ogos 2011 (Hari Rabu) – Tarikh Hari Raya Puasa.
  3. 1 Muharram 1433/27 November 2011 (Hari Ahad) – Tahun Baru Islam.

Ini sahaja yang dapat saya konsikan bersama dengan anda buat kali ini.

ANDA BOLEH MEMUAT-TURUN KALENDAR ISLAM TAHUN 2011 (1432/1433) DI SINI. Saiz: 1.47 MB.

Wassalam.

Memahami Hakikat Diri Sebagai Manusia

Assalamualaikum,

“Bekerjalah kamu di siang hari seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu di malam hari seolah-olah kamu akan mati di esok hari..”

Hmm..nampak perkataan berehat? Satu lagi..

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

Hmm..nampak perkataan berehat lagi? Fikir-fikirkanlah..hehe.
Read the rest of this entry »

Doa & Cara Untuk Berdoa

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ini, saya ingin bersama-sama dengan saudara sekalian untuk kita melihat dalil-dalil (samada dari hadith Rasulullah SAW & ayat-ayat dari Al-Quran) mengenai doa & cara yang sebenarnya untuk berdoa.

Diharap kepada mereka yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang ini, dapat berkongsi bersama-sama saya dalam usaha kita melakukan ibadah sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah memberkati usaha kita. Wallahu’Alam.

gambar doa Doa & Cara Untuk Berdoa

Read the rest of this entry »

Solat Sunat Tarawih – Dalil-dalil dan Panduan Mengerjakannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan tidak lama lagi, ingin saya berkongsi dengan anda semua tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Solat Tarawih ini.

solat 300x210 Solat Sunat Tarawih   Dalil dalil dan Panduan Mengerjakannya

Pertama sekali, mari kita lihat antara dalil-dalil Sahih mengenai solat Tarawih ini:

1. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.”

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan,  sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu”
(Hadith Sahih,  riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a. (Sahih Muslim – bi Syarh al-Nawawi, 6:39))
Read the rest of this entry »

Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

azan 300x216 Azan   Sejarah & Adab Sebagai Muazzin

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sedikit pengetahuan mengenai azan nih..Yela, mmg la kita selalu dengar tetapi kadang-kadang kita kurang faham dengan azan ini sendiri (cth: kenapa muazzin letak jari dlm telinga ketika azan?).

Dan artikel ini saya akan lebih menjurus kepada tatacara seorang muazzin dan insyaAllah saya cuba mendapatkan dalil-dalil yang sahih untuk rujukan kita semua. Wallahu’alam. Pautan muat-turun koleksi MP3 azan yang saya rasakan agak indah ada saya sertakan di penghujung artikel saya ini.

Read the rest of this entry »

Makna Doa Taubat – Astaghfirullah Rabbal Baraya

UNTUK VERSI YANG DIKEMASKINI, KLIK DI SINI >>

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Alhamdulillah diizinkan lg olehNya untuk saya berkongsi dengan anda semua sedikit pengetahuan yg saya ada. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda makna/maksud zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya.

First time saya dengar zikir ni dari Munif Ahmad (penyanyi nasyid utama kumpulan Hijjaz), tp while searching on Youtube, sy terjumpa klip video dari Pelajar Madrasah Al-Junied Islamiah Singapura. Nice jugak melodinya dan menyentuh hati.

Maksudnya:

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Hm, indahkan maknanye klu didengar bersama2 dengan zikir ini.

Ok,itu sahaja buat kali ini. Sekiranya ada kesempatan lain, saya akan berkongsi lagi dengan anda!

Salam icon smile Makna Doa Taubat   Astaghfirullah Rabbal Baraya

ampunilah hamba, ya Allah, maha penerima taubat
ampunilah hamba, ya Allah daripada segala dosa
tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
kurniakan kepadaku rezki yg mluas
perkenankan taubatku dgn taubat nasuha