623216640 m About Me

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya seorang hamba Allah seperti hamba-hambanya yang lain. Tiada kelebihan, melainkan jika ada hanya kurniaanNya semata. Dalam perjalanan kita hidup setakat ini telah direzekikan dan diuji dengan beberapa kesempatan seperti berikut:

NAMA: Muhammad Faizal bin Ahmad
LAHIR: 22 March 1982
TEMPAT LAHIR: Temerloh, Pahang Darul Makmur

JAWATAN/AKTIVITI SEKARANG:

  • IT Eksekutif di sebuah syarikat swasta di USJ.
  • Menjalankan perniagaan sendiri atas konsep  ‘FREELANCE’ di bawah syarikat berdaftar melalui nama, Ilham IT Solutions (IITS)

PENDIDIKAN FORMAL:

  • Diploma in Information Technology, KPTM Alor Setar, Kedah.
  • Sek. Men. Keb. Teknik Muadzam Shah, Pahang.
  • Sek. Men. Agama Al-Ihsan, Kuantan, Pahang.

HASIL KERJA:

  • Sehingga kini, lebih kurang 20 laman web yang dibangunkan termasuk 3 rekabentuk untuk sistem aplikasi web.
  • Rekabentuk Company Portfolio dalam format .ppt,  rekabentuk bunting banner, banner laman web, logo, business card, peta lokasi dan lain-lain kerja yang memerlukan rekabentuk grafik.
  • KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT HASIL KERJA SAYA.

PENGALAMAN KERJAYA:

  • Pada awal karier, telah bekerja di salah sebuah syarikat web hosting di Jln Klang Lama, WP Kuala Lumpur sebagai Web Developer.
  • Kemudian bertukar kerja ke Petaling Jaya untuk bekerja sebagai Graphic cum Web Designer.
  • Mendapat tawaran bekerja di Shah Alam sebagai Programmer dan terlibat secara khusus dalam membangunkan sistem aplikasi web Logistik untuk client seperti PosLogistik dan juga Astro.
  • Bekerja di Cyberjaya sebagai Web Developer – membangunkan dan menambahbaik sistem aplikasi web sedia ada (khusus dalam bidang Logistik)

Kini sudah hampir 5 tahun setengah saya mendalami ilmu ini; dan saya harap dengan kewujudan blog ini, saya dapat berkongsi bersama-sama dengan anda ilmu yang saya perolehi sepanjang perjalanan karier saya ini. Saya juga memohon maaf sekiranya ada pihak yang merasa tidak selesa dengan penggunaan dwi-bahasa yang bercampur-campur di antara Bahasa Melayu dan English.

Tujuan saya satu, supaya anda faham akan artikel-artikel yang saya hantarkan di blog ini.

Akhir kata, semoga anda sekalian mendapat manfaat daripada kewujudan blog ini. Sekiranya ada apa-apa cadangan yang ingin anda utarakan, anda bolehlah menghantarnya melalui klik di sini.

‘Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.’

Wassalam.