Undilah!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sekadar ingin berkongsi video daripada Undilah.com:

“Kami membawa kepada anda sebuah video baru. Oh tidak! Ia bukan sebuah video lucah yang direka semata-mata untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Ia jauh lebih menarik daripada itu. Ia adalah berkenaan dengan mengundi.

Hak mengundi adalah hak asasi kepada semua warganegara. Ia juga merupakan satu-satunya saluran warganegara menentukan halatuju ekonomi, politik, dan social Malaysia. Oleh sebab demikian, ia adalah amanah penting bagi kita semua yang kesannya menjangkaui seumur hidup kami, malah amat memerlukan perhatian serius bukan sahaja untuk diri kita, malah demi anak cucu kita.”


Random Posts

Leave a Comment

*