Orang Ikhlas Itu Tertindas?
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Bermula pada hari ini, saya akan mewujudkan kategori baru ‘Motivasi’ di dalam laman blog saya ni. Bukan apa, sekadar ingi berkongsi tips, cerita, dan lain-lain lagi perkara berkaitan dengan motivasi diri kita ni agar lebih menjadi insan yang sempurna di belakang hari.
Ok, buat permulaan saya akan berkongsi dengan anda cerita pendek yang ada saya postkan di forum Gempak.org bertajuk:
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum. ![]()
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
ARTIKEL-ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN:
- Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!
- Memahami Hakikat Diri Sebagai Manusia
- Doa & Cara Untuk Berdoa
- Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
- Makna Doa Taubat – Astaghfirullah Rabbal Baraya
- Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!
- Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam
- Astaghfirullah Rabbal Baraya (Munif Hijjaz) beserta Makna
This entry was posted on 26 May, 2010, 9:35 AM and is filed under Motivasi, Peribadi. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0. You can leave a response, or trackback from your own site.
No trackbacks yet.
Astaghfirullah Rabbal Baraya (Munif Hijjaz) beserta Makna
3 April, 2011 - 8:21 PM
Tags: lirik, makna, muslim, Zikir
Posted in Ad-Din, Peribadi, Zikir | 1 Comment
Assalamualaikum, Video ini saja saya buat sekadar suka-suka. InsyaAllah lepas ni, saya akan buat lagi video-video seperti ini. Mp3 ni saya ambil dari Munif Hijjaz – Penawar Hati 2 (no offense intended, just wanna share this vid ). Kepada mereka yang mencari maknanya, di video ini ada maknanya. Lirik dalam bahasa Arab tidak dapat disediakan [...]
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!
2 March, 2011 - 12:50 PM
Tags: Ad-Din, muslim, Panduan
Posted in Ad-Din | No Comments
Assalamualaikum, Sekadar ingin berkongsi dengan anda semua video ini, Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!: ARTIKEL-ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN:Orang Ikhlas Itu Tertindas?Memahami Hakikat Diri Sebagai ManusiaDoa & Cara Untuk BerdoaAzan – Sejarah & Adab Sebagai MuazzinMakna Doa Taubat – Astaghfirullah Rabbal BarayaSelamat Menyambut Tahun Baru 2010!Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut IslamAstaghfirullah Rabbal [...]
Kalendar Tahun 2011 Beserta Jadual Cuti Sekolah & Hari Kelepasan Am
12 November, 2010 - 12:34 PM
Tags: cuti am, cuti sekolah, kalendar, kelepasan am, Panduan, tahun 2011
Posted in General, Panduan, Peribadi | 1 Comment
Assalamualaikum semua! Berkaitan dengan kalendar Islam 2011 yang saya postkan pada artikel sebelum ini, di sini saya ingin berkongsi dengan anda pula Kalendar bagi Tahun 2011, bersama-sama dengan Jadual/Takwim Cuti Sekolah 2011 dan juga hari-hari kelepasan am/cuti am untuk tahun 2011 ini. So, senang la kepada sesiapa yang ingin merancang pelbagai aktiviti pada tahun 2011 [...]
Kalendar Islam 2011
12 November, 2010 - 11:47 AM
Tags: hijrah, islam, kalendar, muslim
Posted in Ad-Din, General, Peribadi | No Comments
Assalammualaikum semua! Hmmm…boleh jadi agak lama saya tak postkan new article dalam blog ni. Maaf, masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian kebelakangan ini. Sekarang dah masuk musim hujan dan seperti biasa di Malaysia ini, menandakan penghujung tahun telah tiba untuk 2010 dan datangnya tahun baru 2011 . Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda [...]
Memahami Hakikat Diri Sebagai Manusia
26 October, 2010 - 3:45 AM
Tags: Ad-Din, muslim
Posted in Ad-Din, General | No Comments
Assalamualaikum, “Bekerjalah kamu di siang hari seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu di malam hari seolah-olah kamu akan mati di esok hari..” Hmm..nampak perkataan berehat? Satu lagi.. “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56) Hmm..nampak perkataan berehat lagi? Fikir-fikirkanlah..hehe. Tujuan aku tulis ni bukanlah [...]
Doa & Cara Untuk Berdoa
29 September, 2010 - 3:34 PM
Tags: Ad-Din, bagaimana, doa, Panduan
Posted in Ad-Din, Doa & Selawat | No Comments
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55). Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Kali ini, saya ingin bersama-sama dengan saudara sekalian untuk kita melihat dalil-dalil (samada dari hadith Rasulullah SAW & ayat-ayat dari Al-Quran) mengenai doa & cara yang sebenarnya [...]
Solat Sunat Tarawih – Dalil-dalil dan Panduan Mengerjakannya
14 July, 2010 - 12:04 AM
Tags: Ad-Din, solat sunat, tarawih
Posted in Ad-Din, Solat | No Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersempena dengan kedatangan Ramadhan tidak lama lagi, ingin saya berkongsi dengan anda semua tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Solat Tarawih ini. Pertama sekali, mari kita lihat antara dalil-dalil Sahih mengenai solat Tarawih ini: 1. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.” “Sesiapa mengerjakan [...]
Azan – Sejarah & Adab Sebagai Muazzin
24 June, 2010 - 6:02 PM
Tags: Ad-Din, adab muazzin, Azan, azan mp3, Panduan
Posted in Ad-Din, Azan, General | No Comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sedikit pengetahuan mengenai azan nih..Yela, mmg la kita selalu dengar tetapi kadang-kadang kita kurang faham dengan azan ini sendiri (cth: kenapa muazzin letak jari dlm telinga ketika azan?). Dan artikel ini saya akan lebih menjurus kepada tatacara seorang muazzin dan insyaAllah saya cuba [...]
Makna Doa Taubat – Astaghfirullah Rabbal Baraya
6 May, 2010 - 2:05 AM
Tags: Ad-Din, maksud, muslim, Zikir
Posted in Ad-Din, Doa & Selawat, Zikir | 8 Comments
UNTUK VERSI YANG DIKEMASKINI, KLIK DI SINI >> Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Alhamdulillah diizinkan lg olehNya untuk saya berkongsi dengan anda semua sedikit pengetahuan yg saya ada. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda makna/maksud zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya. First time saya dengar zikir ni dari Munif Ahmad (penyanyi nasyid utama kumpulan Hijjaz), [...]
Default Username & Password Untuk Modem Streamyx
23 January, 2010 - 6:31 PM
Tags: bagaimana, Internet, keselamatan internet, Panduan, streamyx
Posted in General, Hardware, Internet, Maintenance, Security | 1 Comment
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Bagi pengguna Streamyx, kadangkala kita mempunyai keperluan untuk mengakses bahagian Admin pada modem kita. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah IP Modem, Username dan Password untuk modem (bukan connection yer ) Streamyx anda berdasarkan modelnya. Maklumat yang saya paparkan ini adalah Default akses untuk modem kita. 1. ZTE [...]






22 October, 2010 - 12:34 PM
Bagus artikel ini saudara. Sebenarnya ikhlas ini perkara paling sukar dilakukan dalam hidup kita. Dalam kes kakak tadi, dia tidak ikhlas 100% kerana dia masih mengharapkan balasan yang setimpal dari usaha yang dilakukan. Keikhlasan yang hakiki ini kita boleh rasakan pada zaman para Rasul dan Nabi. Tapi tak mustahil kita serapkan kedalam kehidupan kita agar hidup menjadi lebih berkat dan selamat:)
14 January, 2011 - 9:57 PM
Terima kasih Tuan !
Artikel dan petikan rencana yang tuan muatkan amat berguna dan menyentuh akal waras saya. Artikel “Orang Ikhlas Itu Tertindas” amat dalam penyejuk hatinya !.Sebelum ini, saya tergolong dalam kelompok set negatif dan tidak ikhlas, namun sejak umur semakin meningkat, kewarasan itu saya perolehi – Alhamdullilah. Terima kasih atas artikel di atas.
14 January, 2011 - 10:31 PM
Alhamdulillah..semoga Allah memberkati usaha kita semua, insyaAllah..
20 March, 2011 - 9:26 PM
Asalamualaikum Muhd Faizal, sukacita mendapat kebenaran tuan, jika artikel yg ada dalam blog tuan dapat saya edarkan kepada teman saya utk jadi iktibar dan renungan bersama. Wasalam
20 March, 2011 - 10:51 PM
Wa’alaikumussalam.
Tiada masalah. Mana2 yg rasa baik tu kita berkongsi, mana2 yang rasa salah tu bleh kita bincang
8 April, 2011 - 8:05 AM
Assalamualaikum, saudara Faizal, saya betul2 tertarik dengan artikel ini, saya juga ingin share untuk dijadikan semangat kepada saya dan rakan2 yang lain untuk bekerja dengan lebih ikhlas…
8 April, 2011 - 5:08 PM
Sure Tini..no problem
24 August, 2011 - 2:59 PM
As salam. minta izin encik faizal untuk saya share semua maklumat/artikel yang baik dr blog(address blog ni skali) ini dgn rakan2 sy yg lain, termasuk la yg akan datang. tq.