Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua,

Telah tiba tahun baru 2010. Saban tahun kita berazam dan berazam untuk menjadi lebih baik pada tahun yang baru. icon wink Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pelawat blog ini dan berharap agar kita bersama-sama menjadikan tahun ini menjadi jauh lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

nyres Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Antara peristiwa-peristiwa penting dalam hidup saya yang tidak akan saya lupakan dan menyentuh hati pada tahun 2009 ialah:

  1. 18 Januari 2009 – Tarikh saya diijabkabulkan dengan isteri tercinta, Aryantie binti Ariffin.
  2. 17 November 2009 - Cahaya mata pertama kami, Muhammad Amir Irsyad selamat dilahirkan.
  3. 06 Disember 2009 – Pemergian ayahandaku tercinta, Ahmad b. Long.

Sengaja saya senaraikan di sini tarikh-tarikh di atas agar saya tidak terlupa pada waktu, saat dan ketika di mana saya benar-benar mengharapkan pertolongan dariNya.

Ok, di kesempatan ini juga, saya akan berkongsi dengan anda Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun (Hijrah) yang diambil dari laman web JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Semoga kita mendapat manfaat daripadanya. icon smile Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

DOA AKHIR TAHUN

doa akhir tahun Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

DOA AWAL TAHUN

doa awal tahun Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Sekian, itu sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini. Diharap saya mempunyai kesempatan lagi di masa akan datang untuk berkongsi ilmu dengan anda.

Salam.


ARTIKEL-ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN: