Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak menulis artikel berkenaan dengan IT di blog ini. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana untuk menggunakan VNC dengan menggunakan RealVNC.

RealVNC Panduan Menggunakan VNC

Kepada mereka yang bekerja di dalam bidang IT terutamanya di bahagian bantuan teknikal, pastinya mereka biasa menggunakan perisian ini. Bagi mereka yang tidak mengetahui bagaimana untuk menggunakan VNC ini, mari kita sama-sama mempelajarinya icon wink Panduan Menggunakan VNC

RealVNC ini membolehkan anda untuk melihat skrin rakan anda di serata dunia (melalui Internet) dan mengawalnya seolah-olah anda berada di sana. Fungsinya AGAK SAMA dengan fungsi Remote Desktop Connection (RDC) pada OS Windows tetapi ianya lebih mudah dan pantas untuk digunakan (tidak memerlukan banyak konfigurasi seperti RDC).

Kebiasaannya, saya menggunakan perisian RealVNC ini bersama-sama dengan LogMeIn Hamachi (klik di sini untuk artikel berkaitan dengannya). Hamachi ini membolehkan kita dan rakan-rakan kita berhubung di dalam satu jaringan khas; dan masing-masing diberikan alamat IP yang berbeza-beza.

Untuk menggunakan RealVNC ini, berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakannya:

  1. Muat turun perisian RealVNC dari laman web mereka. Dapatkan RealVNC 4.1 Free Edition.
  2. Install perisian ini di dalam PC/Laptop anda.
  3. Seperti yang diterangkan di atas, gunakan Hamachi untuk mendapatkan Alamat IP rakan anda untuk anda mengakses komputer mereka (Perlu diingat, mereka juga perlu mempunyai RealVNC ini di PC mereka untuk membolehkan akses dilakukan).
  4. Setelah selesai proses installasi, pergi ke Start > All Programs > RealVNC > VNC Viewer.
  5. Tetingkap popup kecil akan terpapar, masukkan alamat IP  rakan anda yang diperolehi daripada Hamachi tadi.
  6. Masukkan Password (Password ini di setup pada PC rakan anda).
  7. Setelah berjaya, skrin PC rakan anda akan terpapar di monitor anda dan anda boleh mengawal sepenuhnya PC mereka (dengan menggunakan keyboard dan tetikus anda!)

Hmm, menarik bukan? Anda boleh mecubanya untuk mengetahui sendiri kebolehannya. Kini anda boleh melakukan bantuan kepada rakan anda di Perlis walaupun anda berada di Kuala Lumpur! icon wink Panduan Menggunakan VNC

Selamat mencuba! Salam.


ARTIKEL-ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN: