Ubah Dokumen Anda ke dalam Format PDF
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi bersama-sama dengan anda tentang bagaimana untuk anda mencetak atau mengubah apa jua dokumen anda (samada dalam format MS Office, Open Office, HTML, dsb) ke dalam format yang digemari ramai iaitu PDF.
Bagi mereka yang menggunakan perisian MS Office 2007, pastinya ini bukanlah menjadi isu memandangkan fungsi ini telahpun ditambah ke dalam perisian tersebut menggunakan PDF Complete. Namun begitu kepada mereka yang memiliki perisian yang lain, menjadikan dokumen anda ke dalam bentuk PDF pasti mengundang sedikit kesulitan untuk anda menjalankan kerja-kerja anda.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian yang sering saya gunakan, PrimoPDF.

Sebelum kita terus ke pautan muat-turun perisian ini, di sini saya akan cuba senaraikan apakah yang boleh dilakukan dengan perisian PrimoPDF ini.
- Membolehkan kita menjana fail PDF dari 300+ format fail yang berlainan.
- Membolehkan kita menjana fail PDF samada untuk tujuan paparan Screen, untuk tujuan percetakan, untuk kegunaan E-Book dan sebagainya.
- Menambah ciri keselamatan fail PDF kita dengan meletakkan Kata Laluan (Password) dan juga PDF info seperti Nama Penulis, Maklumat Hakcipta dan Tajuk fail PDF kita; ketika menjana fail PDF ini.
- Penggunaan yang sungguh mudah. Hanya klik butang ‘Print’ dan pilih PrimoPDF dari senarai Printer yang ada (Tiada Watermark!).
- Dan yang pastinya, PERISIAN INI ADALAH PERCUMA!
Okey, tidak sabar-sabar lagi untuk menggunakannya? Di sini saya sertakan pautan muat-turunnya!
KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN PRIMOPDF.
Terima kasih. Salam.






19 December, 2009 - 9:49 AM
1 perkongsian yang berguna nie..thanks bro..
dah lama nak cari software cmnie tapi xda masa nak cari kat internet
1 January, 2010 - 3:48 PM
wah, bisa setting security nya juga??
terimakasih atas share nya..
saya ikut download yah..