Mengetahui Maklumat Pemilik Sesebuah Laman Web
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sudah lama tidak menulis artikel, sekali keluar 3 terus..
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana anda ingin melihat segala maklumat yang berkaitan dengan sesebuah laman web. Semuanya dapat dilakukan dengan fungsi skrip WHOIS.
Di sini, saya paparkan contoh WHOIS ini bagi laman web kami, www.iits.com.my
Maklumat seperti saya paparkan di atas boleh diperolehi dengan menggunakan laman web WHOIS seperti www.domaintools.com.
Untuk menggunakannya, apa yang perlu anda lakukan hanyalah memasukkan URL/Domain Name laman web tersebut ke dalam Whois Lookup dalam ruangan di laman web DomainTools tersebut.
Antara maklumat-maklumat yang akan dipaparkan adalah mengenai:
- Tarikh pendaftaran dan luput domain name tersebut.
- Nama & Alamat pendaftar laman web tersebut.
- Nameserver laman web tersebut.
- Meta Tags untuk sesebuah laman web dengan penggunaan Site Profile.
Maklumat-maklumat yang dipaparkan di atas boleh anda gunakan sekiranya anda ingin mengetahui maklumat-maklumat mengenai sesebuah laman web. Ianya juga boleh digunakan untuk menjana wang dengan menggunakan rekod tarikh pendaftaran & luput domain name tersebut.
Itu sahaja dapat saya kongsikan kali ini. Sekiranya anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, cubalah sendiri!
Salam.

