Picture%20062 Al Fatihah Untuk Abah

Assalamualaikum,

Telah pergi Ayahandaku yang tercinta, Ahmad bin Long pada 6 Disember 2009, bersamaan 19 Zulhijjah 1430H pada pukul 12.36AM. Semoga Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan juga para Syuhada’.

Wahai ayahandaku yang tercinta,
Kepada engkau tempat aku meluah kasih dan sayang,
Aku sayang padamu, aku rindu padamu,
Namun, hanya doa yang kini dapat ku berikan.

Ku mengharapkan engkau agar sentiasa bahagia di sana,
Di mana dunia di sana menjadi lebih baik bagimu,
Semoga Allah memelihara kamu,
Di atas apa yang telah engkau ajarkan kepada kami..

Kepada sahabat-sahabatku Muslimin & Muslimat, insyaAllah semoga dapat kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah saya. Amin.

Terima kasih. Salam.

Random Posts