Muhammad Amir Irsyad
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Harap maaf kerana sudah beberapa hari saya agak sibuk menyambut kelahiran cahaya pertama saya dan isteri saya, Muhammad Amir Irsyad.
Alhamdulillah, akhirnya cahaya mata kami selamat dilahirkan pada hari Selasa (17/11/2009) pukul 4.12 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Sekarang, bayi kami masih lagi berada di HTAR untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor memandangkan paru-parunya agak lemah ketika dilahirkan. Dan hari ini, dia dipindahkan ke wad 6C dari 6D, menandakan keadaannya semakin elok dan dia kini tidak lagi memerlukan bantuan Ventilator untuk bernafas. Diharap semuanya akan selamat buat kami sekeluarga.
Gambarnya pasti akan dimuat-naik tidak lama lagi. Diharap anda semua dapat mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.
Akan saya update berita ini dari semasa ke semasa
Terima kasih.
UPDATE
Salam,
Cahaya mata kami telah pun pulih dan selamat sampai ke rumah pada 21/11/2009, Sabtu.
Terima kasih kerana mendoakan kami dan saya berharap agar keluarga kita semua dipelihara oleh Allah SWT agar tetap di jalanNya.
Amin.





