Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Artikel saya kali ini agak berkait rapat dengan artikel saya sebelum ini.

Setelah cahaya mata kami dilahirkan dan pada waktu petang itu, pihak HTAR telahpun memberikan uri bayi kami kepada saya. Seperti biasa, kedengaranlah suara-suara yang mengatakan uri ini perlu ditanam begitu dan begini, untuk mengelakkan perkara-perkara yang akan terjadi kepada bayi kelak.

Alhamdulillah, Allah membukakan pintu hati saya untuk mengetahui bagaimana uri ini patut diuruskan dengan mengikut syariat Islam. Setelah sampai di rumah, saya pun membuka PC saya dan mencari adakah cara-cara menguruskan bayi ini ada disebut di dalam Al-Quran ataupun hadith Nabi SAW.

Ternyata apa yang saya jumpa sememangnya sudah dijangkakan. Kebanyakan pendapat mengatakan TIDAK ADA LANGSUNG hadith ataupun nas yang mengatakan uri ini perlu ditanam dengan cara begitu dan begini. Cukuplah hanya sekadar MEMBERSIHKANNYA agar tidak berbau, dan MENANAMNYA agar tidak digali oleh binatang-binatang buas.

Ada juga pendapat-pendapat ‘orang kampung dulu’ yang mengatakan perlu dipanaskan tempat uri bayi itu ditanam agar tidak selalu kembung. Ada juga yang mengisinya di dalam buyung dan digantung di atas dahan pokok. Ditanam bersama-sama dengan pensil juga ada! icon wink Cara Menguruskan Uri Bayi

Nau’zubillah. Saya tidaklah alim ataupun arif, namun dengan hati tenang dan ikhlas atas tujuan yang disebutkan di atas, saya pun menanam uri tersebut agak dalam untuk mengelak daripada digali oleh binatang liar seperti anjing dsb.

Dan Alhamdulillah, bayi kami kini beransur sihat dan insyaAllah kami akan menyambut bayi kami di rumah pada esok hari.

Sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman.

JANGAN KERANA SAYANGKAN ANAK MEMBAWA KITA KEPADA PERKARA KHURAFAT ATAU PUN SYIRIK KEPADA ALLAH!

Cukuplah dengan ayat ‘orang dulu-dulu’, ‘orang kampung dulu’ dan sebagainya. Kita sebagai masyarakat yang celik ilmu hari ini, rujuklah mana-mana yang patut sebelum membuat sesuatu tindakan yang dirasa agak meragukan.

Semoga kita dipelihara oleh Allah SWT daripada syirik kepadaNya. Na’uzubillahiminzalik.

BERIKUT ADALAH PAUTAN-PAUTAN UNTUK RUJUKAN KITA BERSAMA:

  1. Al-Ahkam.Net
  2. Baheis.gov.my
  3. Halaqah.Net
  4. Al-Fikrah.Net

Salam.


ARTIKEL-ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN: