Fikir ‘Font’ Anda Cukup Canggih?
Assalamualaikum & Salam sejahtera!
Sebagai Designer, anda pastinya memerlukan pelbagai kelainan dalam setiap karya anda, bergantung kepada kehendak pelanggan-pelanggan anda. Penggunaan pelbagai jenis Font pastinya mampu meningkatkan lagi kepuasan pelanggan dan juga meningkatkan kreativiti kita.
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk mendapatkan jenis-jenis Font yang cantik seperti ini:
Terdapat laman-laman web yang memberi anda peluang untuk memuat-turun pelbagai jenis Font. Di sini saya kongsikan dua pautan untuk anda memuat-turun jenis-jenis Font ini:
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah:
- Muat turun mana-mana font yang anda inginkan
- ‘Unzip’ font tersebut. Copy file font tersebut (biasanya berformat .ttf)
- Kemudian buka Control Panel > Fonts.
- Paste file .ttf tadi ke dalam tetingkap Fonts tadi.
Itu sahaja! Kini anda bolehlah mempelbagaikan design anda dengan menggunakan Font tadi.
Selamat mencuba!






