Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada kali ini, saya akan berkongsi sedikit ilmu asas yang berkaitan dengan artikel saya sebelum ini iaitu, bagaimana anda boleh menambah pendapatan anda dengan program Affiliates ini. Untuk pengetahuan anda, di dalam kepelbagaian cara untuk menambah pendapatan menggunakan Internet ini, program Affiliate merupakan program yang PALING BANYAK memberikan pulangan kepada mereka yang menceburinya.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mula-mula kita akan lihat definisi asas untuk program Affiliates ini.

AFFILIATE MANAGER @MERCHANT: Merupakan pemilik program Affiliates. Biasanya, mereka mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan di Internet.
PROGRAM AFFILIATES:
Program yang dibangunkan khas oleh Affiliate Manager untuk menarik Affiliate Marketer bagi membantu memasarkan produk mereka. Biasanya, Affiliate Marketer ini akan mendapat komisyen yang mana dibayar oleh Affiliate Manager, untuk setiap jualan yang mereka lakukan.
AFFILIATE MARKETER/AGEN AFFLIATES: Kita iaitu orang tengah, atau orang yang menyertai Program Affiliates dan membantu Affiliate Manager untuk memasarkan produk mereka dengan perjanjian untuk mendapatkan faedah-faedah tertentu.

Berikut adalah gambarajah yang dapat membantu pemahaman anda:ScreenShot044 Apa Itu Affiliate?Di Malaysia, range komisyen yang biasa dibayar kepada Affiliate Marketer ini sebanyak RM10 hingga RM20, ataupun 10% hingga 20% daripada harga produk tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya A berjaya menjual produk si B pada harga RM100, si A akan menerima komisyen sebanyak RM10. Teknik ini boleh dikatakan sama dengan teknik jualan yang dilakukan oleh ‘Salesman’ di luar sana. Namun, program Affiliates ini berlaku di alam maya, Internet.

Affiliate Marketer biasanya mempunyai blog/website/koleksi alamat email yang banyak, untuk mereka mempromosikan produk Affiliate Manager tadi sama ada meletakkan banner, pautan pada signature forum mereka dan sebagainya.

ScreenShot045 Apa Itu Affiliate?

Seperti yang telah diterangkan, setelah Affliate Marketer menyertai program Affiliates tadi, mereka akan diberikan pautan khas untuk Affiliate Manager tadi mengenal-pasti mana satukah jualan yang dilakukan oleh Affiliate-affiliate Marketer tertentu.

Contoh pautan yang diberikan:

Amir: http://pakejyes.mykit,info/index.php?ref=amir
Zamri: http://pakejyes.mykit,info/index.php?ref=zamri

Setiap pautan ini akan membantu Affiliate Manager untuk memberikan komisyen kepada mana-mana Affiliate Marketer yang layak.

Contoh pautan Affliates saya untuk Pakej Promosi YES:

http://pakejyes.mykit.info/index.php?ref=udang

Dan Banner:

468x60 1 Apa Itu Affiliate?

Saya rasa itu sahaja sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun inginkan maklumat lanjut, anda bolehlah bertanyakan kepada saya melalui form di bawah.

Sekian. Terima kasih.

Selamat Mencuba! ;)

Salam.


ARTIKEL-ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN: