Penggunaan IP Proxy: Pengenalan
Sedar atau tidak, kita sebagai pengguna Internet boleh menggunakan IP proxy untuk mengelakkan identiti kita daripada dikesan oleh pihak lain. Seringkali penggunaan proxy IP ini dipandang negatif oleh kebanyakan pihak memandangkan penggunaannya lebih banyak kepada bersifat sabotaj dsb.
Carta ringkas penggunaan IP Proxy
Sebelum kita mepelajari dengan lebih lanjut tentang proxy IP ini, eloklah kita mengetahui apa itu IP proxy ini.
IP proxy ini bolehlah digambarkan sebagai ‘orang tengah’ untuk kita mengakses manan-mana laman web dengan menggunakan IP proxy tersebut. IP proxy ini akan request web page or files yang kita nak di dalam server yang lain, dengan menggunakan IP proxy ini.
Kebanyakan aplikasi internet seperti pelayan internet (Internet Explorer, Mozilla firefox, Safari, dsb) membenarkan kita untuk melayari Internet dengan menggunakan IP proxy ini. Dengan kemudahan ini, IP sebenar kita dapat dilindungi untuk menjaga privasi kita dalam melayari Internet.
IP Proxy ini boleh diperolehi daripada banyak IP proxy provider seperti proxy4free.com, publicproxyservers.com, dan lain2 (google sahaja dengan menaip “free ip proxy”, pasti banyak result yang keluar).
Sekiranya anda masih lagi tidak tahu bagaimana untuk menggunakan IP proxy ini, saya akan terangkannya pada bahagian ke-2 artikel ini nanti, InsyaAllah.
Sekiranya ada apa2 pertanyaan, anda bolehlah comment/reply kepada saya di blog ini k? Thanks.
Salam.






