Dalam membangunkan laman web, adalah penting untuk kita memilih syarikat web hosting yang mana boleh memberikan kita ‘reliable service’, downtime yang minimum dan juga kelajuan yang sepatutnya untuk pengunjung laman web kita melawat laman web kita.

Berikut adalah list2 yang dapat saya senaraikan di sini sebagai panduan kita semua:-

  1. Minimum Downtime
    Adalah penting untuk memastikan kita meletakkan website kita di server yang mempunyai jangkamasa downtime yang sedikit. Bayangkan sekiranya server yang kita host tu asyik down jer..akan menyusahkan pengunjung untuk mengunjungi website kita.

    Sekiranya anda tidak menemui info ini dalam memilih web hosting untuk website anda, call/email kepada bahagian support company tersebut untuk bertanya. Ingat, walaupun ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak, tetapi ia merupakan faktor yang paling penting untuk memilih web hosting website anda.

  2. Harga yang berbaloi
    Pastikan anda akan membayar harga yang berbaloi untuk perkhidmatan yang disediakan. Berbaloi di sini bukan bermaksud murah, tetapi layanan yang bagus, server tidak selalu down dan sebagainya.

    Kini, kita dapat lihat bnyak company web hosting yang timbul, memberikan harga yang amat-amat murah (sehinggan ada yang mencecah RM10/setahun). Perlu dipastikan bagaimana prestasi mereka dalam menyediakan perkhidmatan mereka kepada client2nya. Lakukan sedikit research dan join forum2 seperti webmastermalaysia.com, forum lowyat.net, wangcyber.com dsb untuk mendapatkan maklumat ini daripada client2 mereka.

  3. Support yang cekap dan pantas
    Maklumat ini juga boleh anda dapati daripada client2 mereka. Pastikan anda tidak ditinggalkan keseorangan apabila website anda mengalami masalah. Sudah pasti kita tidak mahu dibiarkan terkontang-kanting apabila website kita mengalami masalh kan?

    Lakukan sedikit research untuk mendapatakan maklumat-maklumat ini daripada forum2 yang saya sebutkan di atas.

Ini saja yang dapat saya terangkan buat masa ini. InsyaAllah sekiranya ada maklumat lain yang saya rasakan perlu/tertinggal, saya akan update post ini dalam sedikit masa nanti.

banner 3 Panduan Memilih Web Hosting

* Penulis pernah bekerja sebagai web developer di sebuah web hosting company di Klang Valley. Catatan ini dibuat berdasarkan analisis dan pandangan perbadi beliau.


ARTIKEL-ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN: