Undilah!
Sep 23rd
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sekadar ingin berkongsi video daripada Undilah.com:
“Kami membawa kepada anda sebuah video baru. Oh tidak! Ia bukan sebuah video lucah yang direka semata-mata untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Ia jauh lebih menarik daripada itu. Ia adalah berkenaan dengan mengundi.
Hak mengundi adalah hak asasi kepada semua warganegara. Ia juga merupakan satu-satunya saluran warganegara menentukan halatuju ekonomi, politik, dan social Malaysia. Oleh sebab demikian, ia adalah amanah penting bagi kita semua yang kesannya menjangkaui seumur hidup kami, malah amat memerlukan perhatian serius bukan sahaja untuk diri kita, malah demi anak cucu kita.”
Arsenal Wallpaper 2011 – 2012: Truly Inspired Heroes
Aug 18th
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sekadar ingin berkongsi wallpaper Arsenal: Truly Inspired Heroes. Just saja buat untuk Arsenal fans, especially in Malaysia.
Hope you guyz like it. The resolution is: 1440 x 900.
Tqvm guyz!
Pantau Aktiviti Internet Anak Anda
Feb 11th
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kepantasan dunia Internet hari ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keruntuhan moral generasi muda masakini. Setiap hari, ada saja laman web baru yang merosakkan dibangunkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab & mengambil kesempatan meracun minda anak-anak kita di atas nama globalisasi.
InsyaAllah pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perisian/software yang membolehkan kita memantau dan menyekat akses anak-anak kita ke laman-laman web yang tidak sepatutnya mereka lawati. Perisian yang ingin saya kongsikan di sini ialah, K9 Web Protection, dan ianya boleh didapati secara PERCUMA.
Sebelum saya menerbitkan artikel ini, saya telahpun mencuba beberapa perisian untuk tujuan yang sama seperti Windows Live Family Safety dan pendapat peribadi saya ialah K9 Web Protection ini adalah lebih mudah dan senang untuk diselenggarakan berbanding perisian-perisian yang lain.
Tidak seperti Windows Live Family Safety, pengguna hanya perlu mendaftar perisian ini sekali sahaja dan ianya terus boleh digunakan untuk komputer tersebut.
Laman Hadapan Bahagian Admin
Melihat aktiviti Internet anak anda
Setting – Pemilihan kategori laman-laman web untuk dipantau atau disekat
Kalendar Tahun 2011 Beserta Jadual Cuti Sekolah & Hari Kelepasan Am
Nov 12th
Assalamualaikum semua!
Berkaitan dengan kalendar Islam 2011 yang saya postkan pada artikel sebelum ini, di sini saya ingin berkongsi dengan anda pula Kalendar bagi Tahun 2011, bersama-sama dengan Jadual/Takwim Cuti Sekolah 2011 dan juga hari-hari kelepasan am/cuti am untuk tahun 2011 ini.
So, senang la kepada sesiapa yang ingin merancang pelbagai aktiviti pada tahun 2011 ini, termasuk la yang ingin mendirikan rumah tangga!
KALENDAR TAHUN 2011
(klik pada imej di atas untuk download Kalendar 2011)
JADUAL TAKWIM CUTI SEKOLAH TAHUN 2011
Kumpulan A: Untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu
Kumpulan B: Untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.












